BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Jumaat, 22 Mei 2009

AGUNGKAN ALLAH S.W.T. DAN MULIAKAN RASULULLAH S.A.W.

27 JAMADILAWWAL 1430 HIJRAH @ ( HARI JUMAAT )




AGUNGKAN ALLAH S.W.T. DAN MULIAKAN RASULULLAH S.A.W.
( ZIKIR DAN SELAWAT ). ***

Manusia yang ikhlas pasti menyedari ada satu kekuasaan yang mentadbirkan alam ini, Sesuatu yang agung yang menjalankan urusan tanpa gagal setiap masa. Matahari yang tidak pernah gagal memancarkan cahayanya mengikut ketetapannya, hujan yang turun dengan sukatan yang telah ditetapkan dan kadangkala hujan yang turun dengan sukatan yang luar biasa hingga menyebabkan bumi pun tidak sempat menyerap airnya, burung ?burung yang terbang diangkasa hanya memerlukan sayap dan dapat memgimbangkan dirinya ketika di angkasa, ikan ?ikan di lautan yang hanya boleh meneruskan kehidupan jika persekitarannya di penuhi air, sesungguhnya dialah yang Maha Agung dan sesuatu yang amat unik bagi kehidupan manusia adalah NYAWA, ( Manusia kalau boleh ceritakan tentang robot, pasti mendapati robot sebenarnya tidak sempurna kerana kejadian makhluk hidup di bumi Allah S.W.T. ini adalah penciptaan yang amat sempurna. Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?.

Khamis, 21 Mei 2009

HIKMAH MAKHLUK ALLAH S.W.T. BERCAHAYA DI ATAS BAITULLAH.....


KATA-KATA DI DALAM HATIKU.....


Ya Allah S.W.T. , Aku tidak menghiraukanmu ketika aku dalam kesenangan. Ya Allah, aku sentiasa lalai tanggungjawabku padamu Ya Allah. Kesusahan pada diriku semasa aku bertemu denganmu Ya Allah. Keburukan pada lembaran catatan amalanku tidak sanggup aku hadapinya Ya Allah. Ya Allah apatah lagi jika amalan aku ditayangkan kepada segala mahklukmu tentu menakutkan sekali Ya Allah, hingga aku tidak tahu dimana harus aku sembunyikan wajahku Ya Allah. Ya Allah, engkau sentiasa berbuat baik dan menambahkan nikmat padaku, tetapi aku membalasnya dengan kemungkaran dan dosa yang sentiasa bertambah setiap hari. Ya Allah, hanya padamu aku berlindung, aku berserah dan aku menyembah. Ya Allah ! Sesungguhnya tidak layak bagiku untuk mengharapkan syurgamu, akan tetapi aku mohon padamu dengan kemurahan dan kurniamu serta belas kasihanmu, Ya Allah agar engkau ampuni dosaku dan kasihani diriku, dosa ayah,ibu adik-adikku, anak-anak dan isteriku DAN JANGAN LUPAKAN SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAMKU YA ALLAH, DAN HIDAYAH RAHMATMU PADA YANG BUKAN ISLAM BERTEMU JALAN AL-HAQ YANG BENAR SELAMANYA, INSYAALLAH. Sesunguhnya, Ya Allah engkau tuhan yang patut aku sembah dan sentiasa memberi ampunan kepada makhluk yang sentiasa bertaubat. Amin Ya Rabbil Alamin berkat Selawat Keagunggan kepada Rasullullah S.A.W. yang tercinta. ********************

KEAGONGGAN MAHA PENCIPTA ( THE CREATION )..........


Allah S.W.T. yang Maha Agong……

Aku tenggelam dalam lautan Rahmatnya yang terindah.
Yang dipenuhi sungai-sungai Taqwa dann lautan Iman.
Yang sentiasa membersih diriku dengan kalimah Syahadah yang tidak pernah jemu keluar dari bibirku.
Yang sentiasa melimpahkan limpahan benua Rahmat yang teramat luas.
Yang sentiasa mengigatkan aku, SIAPAKAH AKU DIBUMINYA???
Yang sentiasa mengalirkan hidayah pada hati-hati Mualaf.
Yang sentiasa memerintahkan daku sujud mengagongkannya.

DIALAH ALLAH S.W.T. YA ROBBI, TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG…

CEMBURU HENDAKLAH PADA TEMPATNYA, JANGAN CEMBURU BUTA...


CEMBURU…..

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai rumah banglo berpuluh buah.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai tanah berjuta-juta hektar.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai wang beribu-ribu trilion.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai kedudukan sebagai presiden sesebuah negara.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai teknologi hingga mampu tinggal di Planet Marikh.

Cuma yang cukup membuatkan aku cemburu dan amat-amat cemburu bila mengenangkan Rasul-Rasul S.A.W. dan Wali-Wali Allah S.W.T zaman dahulu sanggup berjaga malam, bersolat tahajud dan solat hajat, dan diakhiri dengan doa. “ Ya Allah , ya tuhanku , ampunkan dosa seluruh umat islam Ya Allah dan Rahmatilah mereka dengan kemuliaanmu Ya Allah….”

BIJAKNYA YA RASULULLAH S.A.W. KITA....2010 MASEHI.


PERTAMA.

Perjanjian Aqabah pada mulanya , Bangsa Arab Quraisy merancang perjanjian untuk menunjukkkan perjanjian ini menguntungkan mereka, akan tetapi dengan kebijaksanaan Baginda , Umat islam mendapat 100% Rahmat Allah S.W.T. daripada perjanjian ini, orang Quraisy meminta supaya dikembalikan orang-orang islam dikalangan orang mekah yang ada pada Baginda S.A.W., hikmahnya adalah orang –orang islam ini yang kembali ke Mekah mengajar tentang keindahan islam pada saudara- mara mereka , wal disebabkan ini ISLAM SEMAKIN KUKUH DI MEKAH …

KEDUA.

Pada ketika menunaikan solat, sahabat-sahabat Baginda S.A.W. mendengar sesuatu dari perut baginda seolah-olah batu bergeser, wal apabila mereka mengetahui yang baginda mengikat perut baginda dengan ketul-ketul batu yang dimasukkan kedalam kain wal kain itu didikat diperut baginda, ada sahabat baginda yang menangis apabila mengetahui keadaan itu, baginda membuat begitu bagi mengelakkan perut baginda berbunyi kerana baginda tidak makan, ( DARI SUDUT SAINS BIALOGI- perut manusia jika kosong akan mengeluarkan gas di dalam perut yang membuatkan manusia kurang selesa) akan tetapi baginda mengikat perut baginda bagi mengelakkan keadaan ini….( sedih juga bila memikirkan manusia teragong yang sebenarnya boleh hidup dengan selesa, akan tetapi BAGINDA S.A.W. MEMILIH KEHIDUPAN YANG ZUHUD .

KETIGA .

Ketiga beristinjak Baginda S.A.W. menekan siku baginda pada perut baginda. ( DARI SUDUT SAINS BIALOGI - bagi mengelakkan sembelit berlaku, kerana bahan buangan dalam perut akan keluar dengan mudah jika ditekan siku dari atas perut kebawah )

KE EMPAT.

Baginda S.A.W. berbuka puasa dengan buah kurma dahulu dan air ( DARI SUDUT SAINS BIALOGI – MEMAKAN BUAH KURMA KETIKA BERBUKA PUASA ADALAH AMALAN YANG TERBAIK BAGI KESIHATAN PERUT MANUSIA, INI ADALAH KERANA BUAH KURMA TERUTAMA RUTABB ( BUAH KURMA MENGKAL ) ADALAH SANGAT BANYAK MEMPUNYAI SERAT-SERAT TUMBUHAN YANG AMAT BAIK BAGI PROSES BERLAKU DALAM PERUT MANUSIA)., MINUMAN AIR PULAK BAIK BAGI MEMBERSIHKAN PERUT KERANA TEMPOH WAKTU YANG LAMA TIDAK DIMASUKKAN MAKANAN.




Rabu, 20 Mei 2009

MOHOR SULTAN MUHAMMAD AL- FATIH , PEWARIS TURKEY OTTOMANIAH 1432 MASEHI...



Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
"
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.


Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.