BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Ahad, 31 Mei 2009

MENGHIDU AROMAAA SYURGA ALLAH S.W.T.





















Yang tidak pernah terdengar di telinga manusia lagi...




MENGHIDU AROMA SYURGA.




Bau syurga sebenarnya dekat dengan orang taat dan jauh dengan orang kufur. Syurga dijadikan Allah S.W.T. sebagai imbalan pada hambanya yang soleh, yang sentiasa mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Syurga adalah taman yang amat indah sehinggakan ada mengatakan ia adalah sesuatu yang tak dapat dibayang dimata , tidak terdengar di telinga dan terbayang di hati. Sebenarnya bayangan syurga telah Allah tunjukkan pada jenazah orang islam yang beroleh Rahmat. Ketika itu bayangan syurga telah terlihat di mata mereka, sehinggakan mereka mendoakan Segerakan, Segerakan , - segerakan apa sebenarnya yang mereka pinta , mereka mendokan supaya Allah menyegerakan Qiamat supaya mereka dapat menikmatinya keindahan syurga yang terbayang di mata mereka, Kes ini adalah seumpama manusia di dunia ini melihat iklan di TV hari-hari, sedangkan mereka tak dapat menikmati kelazatan makanan di iklan TV tersebut. Berbanding dengan manusia yang dapat merasakan kelazatan makanan yang di beli kerana iklan tersebut.dan memakan makanan tersebut. Syurga sebenarnya amat rindu pada manusia yang pentingkan SOLAT DAN sepenuhnya berpegang kepada keseluruhan Sunnah Rasulullah dan Al_Quran….



Selasa, 26 Mei 2009

DOA SEORANG HAMBA ALLAH S.W.T. ( BENAR !!!! DOA BOLEH MENOLAK TAQDIR ALLAH S.W.T. )




Ertinya:“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”

Ertinya:“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”

Ertinya:“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Ertinya:“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

Ertinya: “Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”

Ertinya :“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

· SEJARAH GEMPABUMI DUNIA, DARI TAHUN 1900 MASEHI HINGGA 2009 MASEHI…



SEJARAH GEMPABUMI DARI TAHUN 1900 MASEHI HINGGA 2009 MASEHI…

12 September 2007 - Gempa Bengkulu dengan kekuatan gempa 7,9 Skala Richter
9 Agustus 2007 - Gempa bumi 7,5 Skala Richter
6 Maret 2007 - Gempa bumi tektonik mengguncang provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Laporan terakhir menyatakan 79 orang tewas [3].
27 Mei 2006 - Gempa bumi tektonik kuat yang mengguncang Daerah Istimewa Yogyakarta dan Jawa Tengah pada 27 Mei 2006 kurang lebih pukul 05.55 WIB selama 57 detik. Gempa bumi tersebut berkekuatan 5,9 pada skala Richter. United States Geological Survey melaporkan 6,2 pada skala Richter; lebih dari 6.000 orang tewas, dan lebih dari 300.000 keluarga kehilangan tempat tinggal.
8 Oktober 2005 - Gempa bumi besar berkekuatan 7,6 skala Richter di Asia Selatan, berpusat di Kashmir, Pakistan; lebih dari 1.500 orang tewas.
26 Desember 2004 - Gempa bumi dahsyat berkekuatan 9,0 skala Richter mengguncang Aceh dan Sumatera Utara sekaligus menimbulkan gelombang tsunami di samudera Hindia.
26 Desember 2003 - Gempa bumi kuat di Bam, barat daya Iran berukuran 6.5 pada skala Richter dan menyebabkan lebih dari 41.000 orang tewas.
21 Mei 2002 - Di utara Afganistan, berukuran 5,8 pada skala Richter dan menyebabkan lebih dari 1.000 orang tewas.
26 Januari 2001 - India, berukuran 7,9 pada skala Richter dan menewaskan 2.500 ada juga yang mengatakan jumlah korban mencapai 13.000 orang.
21 September 1999 - Taiwan, berukuran 7,6 pada skala Richter, menyebabkan 2.400 korban tewas.
17 Agustus 1999 - barat Turki, berukuran 7,4 pada skala Richter dan merenggut 17.000 nyawa.
25 Januari 1999 - Barat Colombia, pada magnitudo 6 dan merenggut 1.171 nyawa.
30 Mei 1998 - Di utara Afganistan dan Tajikistan dengan ukuran 6,9 pada skala Richter menyebabkan sekitar 5.000 orang tewas.
17 Januari 1995 - Di Kobe, Jepang dengan ukuran 7,2 skala Richter dan merenggut 6.000 nyawa.
30 September 1993 - Di Latur, India dengan ukuran 6,0 pada skala Richter dan menewaskan 1.000 orang.
12 Desember 1992 - Di Flores, Indonesia berukuran 7,9 pada skala richter dan menewaskan 2.500 orang.
21 Juni 1990 - Di barat laut Iran, berukuran 7,3 pada skala Richter, merengut 50.000 nyawa.
7 Desember 1988 - Barat laut Armenia, berukuran 6,9 pada skala Richter dan menyebabkan 25.000 kematian.
19 September 1985 - Di Mexico Tengah dan berukuran 8,1 pada Skala Richter, meragut lebih dari 9.500 nyawa.
16 September 1978 - Di timur laut Iran, berukuran 7,7 pada skala Richter dan menyebabkan 25.000 kematian.
4 Maret 1977 - Vrancea, timur Rumania, dengan besar 7,4 SR, menelan sekitar 1.570 korban jiwa, diantaranya seorang aktor Rumania Toma Caragiu, juga menghancurkan sebagian besar dari ibu kota Rumania, Bukares (Bucureşti).
28 Juli 1976 - Tangshan, China, berukuran 7,8 pada skala Richter dan menyebabkan 240.000 orang terbunuh.
4 Februari 1976 - Di Guatemala, berukuran 7,5 pada skala Richter dan menyebabkan 22.778 terbunuh.
29 Februari 1960 - Di barat daya pesisir pantai Atlantik di Maghribi pada ukuran 5,7 skala Richter, menyebabkan kira-kira 12.000 kematian dan memusnahkan seluruh kota Agadir.
26 Desember 1939 - Wilayah Erzincan, Turki pada ukuran 7,9, dan menyebabkan 33.000 orang tewas.
24 Januari 1939 - Di Chillan, Chile dengan ukuran 8,3 pada skala Richter, 28.000 kematian.
31 Mei 1935 - Di Quetta, India pada ukuran 7,5 skala Richter dan menewaskan 50.000 orang.
1 September 1923 - Di Yokohama, Jepang pada ukuran 8,3 skala Richter dan merenggut sedikitnya 140.000 nyawa.

PADA HARI DALAM SEJARAH, 26 MARCH 2006 MASEHI..ONCE OPEN IN TURKEY.....


PADA TARIKH 29 MARCH 2006 MASEHI, satu gerhana matahari penuh telah berlaku dan dapat dilihat dari timur Brazil, Afrika, Turki, Kazakhstan, Russia hingga ke Mongolia. Ianya akan bermula lebihkurang jam 6 petang waktu Malaysia.
Ramai di Turki sudah mula resah dan gelisah kerana pada gerhana matahari yang lalu iaitu dalam tahun 1999, satu gempabumi besar telah berlaku seminggu kemudian mengorbankan puluhan ribu manusia. Walaupun pakar kajibumi cuba menerangkan bahawa tiada kaitan antara gerhana dan gempa, masih ramai yang gusar. Malah, ramai yang kini memasang khemah di luar rumah kerana takut akan berlaku gempabumi.Kejadian gerhana matahari dan gempabumi 1999 adalah secara kebetulan.
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa gerhana bukanlah petanda atau alamat sesuatu. Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat. Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-Definasi Kusuf dan KhusufKusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya.
Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

TEMUDUGA ANAK CUCU DAN CICIT NABI ADAM A.S.



**** Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarangpengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN
:a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membacaiklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atauberbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal Iman,Taqwa dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliberuntuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda padabila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA HINGGALAH..... * sendiri mau ingat, beb*

Jumaat, 22 Mei 2009

AGUNGKAN ALLAH S.W.T. DAN MULIAKAN RASULULLAH S.A.W.

27 JAMADILAWWAL 1430 HIJRAH @ ( HARI JUMAAT )




AGUNGKAN ALLAH S.W.T. DAN MULIAKAN RASULULLAH S.A.W.
( ZIKIR DAN SELAWAT ). ***

Manusia yang ikhlas pasti menyedari ada satu kekuasaan yang mentadbirkan alam ini, Sesuatu yang agung yang menjalankan urusan tanpa gagal setiap masa. Matahari yang tidak pernah gagal memancarkan cahayanya mengikut ketetapannya, hujan yang turun dengan sukatan yang telah ditetapkan dan kadangkala hujan yang turun dengan sukatan yang luar biasa hingga menyebabkan bumi pun tidak sempat menyerap airnya, burung ?burung yang terbang diangkasa hanya memerlukan sayap dan dapat memgimbangkan dirinya ketika di angkasa, ikan ?ikan di lautan yang hanya boleh meneruskan kehidupan jika persekitarannya di penuhi air, sesungguhnya dialah yang Maha Agung dan sesuatu yang amat unik bagi kehidupan manusia adalah NYAWA, ( Manusia kalau boleh ceritakan tentang robot, pasti mendapati robot sebenarnya tidak sempurna kerana kejadian makhluk hidup di bumi Allah S.W.T. ini adalah penciptaan yang amat sempurna. Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?.