BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Ahad, 31 Januari 2010

WALI SONGGO DAN IBNU ARASY...




IBNU ARASY BERBICARA TENTANG CEMBURU @ JEALOUS.........

Nukilan Ibnu Arasy tentang CEMBURU…..

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai rumah banglo berpuluh buah.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai tanah berjuta-juta hektar.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai wang beribu-ribu trilion.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai kedudukan sebagai presiden sesebuah negara.

Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai teknologi hingga mampu tinggal di Planet Marikh.

Cuma yang cukup membuatkan aku cemburu dan amat-amat cemburu bila mengenangkan Rasul-Rasul S.A.W. dan Wali-Wali Allah S.W.T zaman dahulu sanggup berjaga malam, bersolat tahajud dan solat hajat, dan diakhiri dengan doa. “ Ya Allah , ya tuhanku , ampunkan dosa seluruh umat islam Ya Allah dan Rahmatilah mereka dengan kemuliaanmu Ya Allah….”

Khamis, 28 Januari 2010

KALIMAT ARASY DALAM AL-QURAN....- 2010 MASEHI...JUMAAT 29 JANUARI 2010 MASEHI.

Kalimat arasy di dalam al-Qur'an


2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."

10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

12:100. Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

13:2. Allah ialah Dia yang menaikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat melihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan; Dia menjelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.

17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."

18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia menafkahkan (membelanjakan) padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak menyekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!"

20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!

22:45. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!

23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"

23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

25:59. Yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!

27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."

27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan mendatangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"

27:41. Berkata, "Samarkanlah singgahsananya untuknya, dan kita akan melihat, sama ada dia mendapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak mendapat petunjuk."

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

32:4. Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya, menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

40:15. Yang menaikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, melemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia memberi amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!"

57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,

85:15. Yang mempunyai Arasy, Yang Indah,

Kalimat Pilihan
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan AkhbarPenemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman

Rabu, 27 Januari 2010

RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………………..


RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………

PERTAHANKAN NAMA BAIK RASULULLAH S.A.W. **** Nama Baik Rasulullah hendaklah dipertahankan oleh semua umatnya, Kebelakangan ini umat islam langsung tidak kisah dengan urusan mempertahankan nama baik Rasulullah , pertahankan nama baik Baginda adalah merangkumi dengan mempertahankan nama baik keluarga baginda ( Sebab itu umat islam digalakkan berselawat kerana antara hikmahnya adalah memuliakan nama Baginda dan ahli keluarga Baginda). Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Hamba Allah yang bernama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dengan menerbitkan dan menulis buku yang menghina Rasulullah mengatakan baginda Bapa Ayam dan ajaran baginda adalah ajaran dari syaitan- semoga Allah melaknat hamba ini selamanya, kecuali dia bertaubat kerana Allah maha pengampun dan Maha Penyayang. Kemudian kita dikejutkan dengan kisah lakaran kartun Rasulullah dalam keadaan memakai serban berbentuk bom, Nauzubilah hi min zalik., kerajaan Denmark lansung tidak kisah dengan lakaran ini kerana bagi mereka mereka lebih berani dari Amerika Syarikat kerana memaparkan gambar baginda dalam keadaan sedemikian, semoga Allah menarik Rahmatnya Dari Negara Denmark selama-lamanya. Kalau nak ikutkan di masa hadapan banyak lagi kisah penghinaan terhadap Rasulullah yang akan berlaku Cuma tugas kita sekarang jika ini berlaku adalah mempertahankan nama baginda kerana kita memerlukan Syafaat dari baginda di hari Qiamat nanti?
Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?. …..PERBANYAKKKAN SELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH S.A.W.

MENCANTAS TUNAS-TUNAS RASUAH MENJELANG 2010 MASEHI….

MENCANTAS TUNAS-TUNAS RASUAH MENJELANG 2010 MASEHI….

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya Kerajaan Bani Abbasiah adalah kerana Rasuah, Ini telah membuktikan sesungguhnya sebuah kerajaan yang agung pun akan runtuh jika pemimpinnya korupsi. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz cukup berhati-hati suatu masa dahulu bagi mengelakkan kakitangan supaya tidak melibatkan diri dengan rasuah.(musuh dalam selimut seluruh umat manusia kerana hancur bangsa kerana rasuah ). Kanak - kanak kecil kita sebenarnya sudah lama diberi gejala upah ( jangan terkejut!!!, ini bukan tuduhan saudara dan saudari, tetapi ini fakta yang harus di akui semua manusia), kita di Malaysia khususnya dikampung - kampung kita biasa mengupah anak kecil kita dengan 10 sen ataupun 20 sen jika melakukan sesuatu kerja , contohnya membeli barang di kedai, ini adalah fakta , bukan tuduhan dari saya . Kita tidak boleh menyalahkan Generasi Muda kita jika mereka terlibat dengan rasuah kerana generasi Kita sekarangpun sebenarnya memainkan peranan juga.>>( kita sepatutnya tidak mengamalkan gejala memberi upah kepada anak kecil, kerana ini adalah tunas-tunas rasuah bercambah……….MUNGKIN RAMAI YANG TAK SETUJU DENGAN KENYATAAN SAYA, TETAPI LIHAT DENGAN MATA HATI, BUKAN DENGAN MATA ZAHIR….ALLAH HU AKHBAR.

Selasa, 26 Januari 2010

LELAKI GHAIB DI NUR ARASY...........................

ISLAM itu mudah, TETAPI jangan pandang mudah. Halal tetap Halal, Haram tetap Haram. ALLAH HU AKHBAR.


KAMUU ADALAH HAMBA ALLAH S.W.T. DAN UMAT MUHAMMAD S.A.W. BEKALMU ADALAH TAQWA DAN IMAN DAN AKHIRMU ADALAH KEMBALI PADA ALLAH S.W.T. MAHA AGONG...


3 RAHMAT ALLAH PADAKU..............
KU TERLIHAT YANG TIDAK PERNAH TERLIHAT DI MATA BERTAQWAKAN IMAN.
KU TERDENGAR YANG TIDAK PERNAH TERDENGAR DI TELINGA BERSULAMKAN ZUHUD.
KU TERBAYANG YANG TIDAK PERNAH TERBAYANG DI HATI BERTAHTAKAN IKHLAS.


PESANAN ......

Allah Yang Maha Agong sentiasa mencurahkan Rahmatnya atas Kalian, Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bersaudara, damaikan jika ada perbalahan dalam politik dan kepercayaan kalian pada tali Allah S.W.T. iaitu Al-Quran Dan Hadith…Kasih sayangku pada kalian adalah seumpama kasih sayang Rasulullah S.A.W. pada Umatnya, Aku hanya ingin menyelamatkan kalian dan keluaraga kalian daripada api neraka Allah yang amat dahsyat dan mengerunkan- jauhlah kalian dan keluarga kalian daripada jurang api neraka…jauhilah kalian daripada musuh hakiki kalian iaitu Iblis Laknattullah dan syaitan …jauhilah jua kalian daripada musuh dari golongan kalian iaitu golongan Munafik dan golongan Yahudi Nasrani…. Aku tak dapat menyelamatkan kalian walaudengan apa cara yang aku gunakan kerana Sesungguhnya Rahmat Allah S.W.T. yang akan menyelamatkan kalian dari semua ini…..Wassalam .


20 SYAWAL 1430 HIJRAH @ 09 OKTOBER 2009 MASEHI ŞЮЖζ 10:33 PAGI.