BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Isnin, 28 Januari 2013

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Isteri Degil Seorang isteri enggan sembahyang. Berbuih mulut suami beliau menyuruhnya sembahyang. Kadangkala mereka bergaduh mengenai hal ini. Isteri beliau hanya kata, "Kubur aku, aku jaga Kubur engkau engkau jaga" !!!Apakah hukum perkahwinan mereka ? JAWAPAN... Perkahwinan mereka adalah sah kerana pendapat ulamak tidak menghukum mereka yg meninggalkan sembahyang sebagai murtad. Tetapi isteri tersebut dikira fasik dimana beliau tidak boleh menjadi wali atau saksi. Pihak suami perlu menangani hal ini dengan penuh hikmah dan kesabaran. Cuba elakkan dari membuat ugutan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Berikut diberikan beberapa tektik dan teknik yg boleh dicuba :- Ajak sembahyang jemaah bersama keluarga - anak-anak, ayah, mertua dsb. Bawa kemajlis ilmu yang memerlukan sembahyang jemaah. Bawa Tok Alim kerumah untuk mengajar ugama kepada keluarga. Guna orang ketiga, (yang disegani oleh isteri) untuk memberi nasihat. Guna khidmat kaunseling yang kini ada dimana-mana. Tingkatkan ibadat sendiri supaya menjadi contoh kepada isteri.

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Saya ada satu soalan mengenai sembahyang terawih,soalannya ialah setiap kali saya sembahyang terawih,saya tidak sempat membaca Al-Fatihah disebabkan imam terlalu cepat. Adakah sah sembahyang saya itu. JAWAPAN... Sembahyang tersebut dikira sah dimana AlFatihah makmum ditanggung oleh imam. Ini hanya dipakai pada sembahyang sunat sahaja, jika sembahyang fardu, AlFatihah adalah menjadi wajib keatas makmum kecuali yang masbu' (ketinggalan). Sila rujuk kitab solat untuk keterangan lanjut.

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

ADAB MAKAN DAN MINUM Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim). Kesimpulan Hadis: 1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai syaitan. 2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah. 3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan syaitan.

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

PENANGGUHAN HUTANG Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. 3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

PENYESALAN DIHARI KIAMAT Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." PENJELASANNYA Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA Bersabda Rasulullah s.a.w "Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga." AMALAN PALING UTAMA Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima" Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w." Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ? Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya * Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). Kesimpulan Hadis: 1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.