BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 7 November 2012

ORANG YANG ZUHUD

SUBHANALLAH, ASTAGFIRULLAH AL AZIM, SEMOGA ALLAH S.W.T .MENGAMPUNKAN KITA SEMUA INSYAALLAH. Orang Zuhud Dikasihi Allah Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”. Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan. Zuhud itu letaknya di hati. Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya sanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Tuhan. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Tuhan dan tak terikat dengan dunia. Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Tuhan. Diceritakan bahawa pernah Sayyidina Ali, pergi melihat sebuah masjid dan dilihatnya di situ ada halaqah pengajian. Yang mengajar itu adalah Hasan Basri, seorang remaja belasan tahun umurnya walhal orang-orang yang mendengar itu kebanyakannya orang dewasa. Timbullah niat di hati Sayyidina Ali untuk menguji apakah Hasan Basri benar-benar layak mengajar. Ditanya kepada Hasan Basri, “apakah yang boleh menyelamatkan manusia?” “Zuhud”, jawab Hasan Basri secara spontan. Maka, yakinlah Sayyidina Ali yang Hasan Basri itu mempunyai kelayakan untuk mengajar hanya kerana dapat menjawab dengan tepat soalan beliau. Pengajaran daripada kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa zuhud adalah kunci kepada keselamatan manusia. Manakan tidak, hadis di atas juga telah meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayangan Allah. Sudah pasti orang kesayangan Allah itu akan terselamat di dunia juga di Akhirat. Selama mana seseorang itu boleh zuhud, selagi itulah dia akan terselamat. Tuhan ada berfirman, “Tidak ada dua hati dalam diri anak Adam” (Al-Ahzab:4) . Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. Seolah-olah hati manusia itu menjadi rebutan, bertarik-tarik antara zuhud dan cinta dunia. Amat malang, jika hati terarah kepada cinta dunia, maka tiadalah lagi keselamatan kepada manusia itu. Benarlah sabda Nabi tentang dunia ini iaitu: “Cinta dunia adalah kepala bagi segala kejahatan.” Daripada cinta dunia, lahirlah berbagai kejahatan lain seperti hasad dengki, pemarah dan sombong. Semua ini bukan sahaja merosakkan empunya diri tetapi boleh juga merosakkan orang lain. Hakikat krisis dan perpecahan umat yang berlaku hari ini adalah disebabkan dengan penyakit cinta dunia ini. Selagi penyakit cinta dunia ini tidak diungkai daripada hati manusia, selagi itulah manusia akan terus berkrisis dan bersengketa. Tidak akan aman dunia ini dengan adanya manusia-manusia yang bersarang cinta dunianya. Lagi, bila kita kaji dan teliti hadis ini, orang zuhud itu disayangi Tuhan kerana hati orang zuhud itu sudah tidak terikat dengan dunia lagi. Apa maksudnya? Dunia bila sudah masuk hati, maka rasa-rasa dengan Tuhan akan menjauhi. Tapi bila dunia itu sudah dibuangkan daripada merajai hati, maka mudahlah rasa-rasa dengan Tuhan itu masuk dan menguasai hati. Justeru, selarilah rasa hati seseorang itu dengan kehendak-kehendak Tuhan. Jadilah, dia itu orang yang memahami kehendak dan peranan Tuhan dalam kehidupan. Disebut tadi, zuhud itu mengambil dunia sekadar perlu. Dan selebihnya digunakan untuk jalan Tuhan. Itu ilmunya. Nak berbuat, tidaklah semudah yang diceritakan. Ianya perlukan mujahadah. Kena benar-benar mengekang nafsu daripada berkehendak kepada yang tidak perlu. Kena benar-benar merasai kesusahan orang lain agar mudah harta dunia itu dialihkan kepada orang yang susah. Kena benar-benar ada jiwa untuk memperjuangkan Tuhan, barulah dunia itu disalurkan untuk perjuangan fisabilillah. Kuat mujahadah, maka lemahlah nafsu mencintai dunia, Sebaliknya, bila lemah mujahadah, jadilah nafsu itu kuat dalam mencintai dunia.

LAGU NUSANTARA

SUBHANALLAH, ASTAGFIRULLAH AL AZIM, SEMOGA ALLAH S.W.T .MENGAMPUNKAN KITA SEMUA INSYAALLAH. lagu dari nusantara... Bagaimana kau merasa bangga Akan dunia yang sementara Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi Meninggalkan dirimu Bagaimanakah bila saatnya Waktu terhenti tak kau sadari Masikah ada jalan bagimu untuk kembali Mengulangkan masa lalu Dunia dipenuhi dengan hiasan Semua dan segala yang ada akan Kembali padaNya Bila waktu tlah memanggil Teman sejati hanyalah amal Bila waktu telah terhenti Teman sejati tingallah sepi

HARI ASYURA

SUBHANALLAH, ASTAGFIRULLAH AL AZIM, SEMOGA ALLAH S.W.T .MENGAMPUNKAN KITA SEMUA INSYAALLAH. Sejarah Asyura Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram: • Hari pertama Allah menciptakan alam. • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. • Hari pertama Allah menurunkan hujan. • Allah menjadikan 'Arasy. • Allah menjadikan Luh Mahfuz. • Allah menjadikan Malaikat Jibril. • Nabi Adam a.s. dicipta. • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

KEPOMPONG MASA.

SUBHANALLAH, SEMOGA ALLAH S.W.T MENGAMPUNKAN KITA INSYAALLAH. PERJALANAN HIDUP DUA MAKHLUK ALLAH S.W.T. YANG BERBEZA... SUBHANALLAH... KISAH PERTAMA kisah seekor anak ulat beluncas yang baru menetas di pucuk sebatang pokok. ulat ini akan memakan tumbuhan tersebut untuk hidup, ketika itu ulat itu masih lemah dan dia pertahan dirinya masih amat lemah, sehinggalah suatu hari ulat ini merasakan ia perlu berehat buat sementara waktu. beluncas ini akan mengubahkan dirinya menjadi kepompong dan beluncas ini akan berehat di dalamnya. Sehinggalah suatu masa kepompong ini merasakan tiba masa yang sesuai untuk memuntahkan satu Makhluk Allah...., maka keluarlah seekor rama-rama yang cantik dan kuat, seketika kemudian makhluk Allah ini meninggalkan pokok tersebut untuk mengembara ke tempat lain... KISAH KEDUA kisah seorang anak muda yang baru lahir di bumi Allah S.W.T., hidup di kalangan manusia, belajar mencari ilmu pengetahuan di pusat pengajian, berkerja mencari rezeki halal dan diberkati Allah untuk ahli keluarganya, sehinggalah dengan izin Allah Yang Maha Agong menjadikan satu peristiwa yang menghuru-harakan dunia, dia berada didalam kepompong masa yang telah ditentukan Allah, mengumpulkan kekuatan untuk diri dan agamanya dimasa hadapan kerana LILLAH HI TAALA, suatu masa kepompong masa itu meluahkan diri ke bumi semula dalam keaadaan kekuatan yang amat luar biasa untuk mengembara di bumi Allah untuk mengejarkan tentang islam berpandukan AL-QURAN DAN HADITH,.....dia lah yang digelar penyelamat umat manusia akhir zaman, dia lah imam al- mahdi a.s. al muntazar.....

Selasa, 6 November 2012

AURAT SEORANG WANITA 2012

Menutup aurat itu bukan sahaja kelihatan sopan bahkan yang lebih penting ia adalah tuntutan agama islam yang diiktiraf di langit dan di bumi oleh Allah S.W.T. Yang Maha Agong.
SUBHANALLAH CANTIKNYA, AKAN TETAPI ALLAH S.W.T. LAGI CANTIK DAN TERAMAT CANTIK.

Ahad, 4 November 2012

SENARIO TAHUN 2012

A
ht="300" width="400" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRk6kkyRNVGNn7OxzVMM4xcl4QWnktHE8KPw4WtPAVLBUi_AZJroiJ3aVSvIhevgj4ImbgrJJTNMECKwfrsWusxPMsCAQWATg2GsVn8_f1iP55R1Iv554BXWJ47Tw5n3jTDBCwRSrqP4c/s400/%2521%2521%2521%2521++INGAT+%252C+KEMATIAN+SENTIASA+MENGINTAI+ANDA%252C+JANGAN+LEKA....%2521%2521%2521%2521%2521.jpg" />
( BANGUNAN IJM ) LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA ( MPOB ) TINGKAT 11, BANGUNAN WISMA PANTAI , KAMPUNG GAJAH, 12200 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

IBNU ARASY ISLAM 4EVER...( 05 NOVEMBER 2012........25 APRIL 2074 )

Hidup ni sebenarnya indah. Apa yang kita perolehi hendaklah kita bersyukur. Jangan kita jadi hamba yang kufuuuuuuuuur nikmat. ………….jangan selalu sebut..AKU KECEWA HIDUP… AKAN TETAPI PERBANYAKKAN SEBUTAN SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ALLAH HU AKHBAR.