Halaman

Isnin, 27 Februari 2012

12 azab tinggalkan sembahyang

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :- • Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. • Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya : • Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. • Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :- • Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. • Kuburnya akan menjadi cukup gelap. • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya : • Hisab ke atasnya menjadi sangat berat. • Allah s.w.t. sangat murka kepadanya. • Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan