![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuFnC-Tm3dFAciofAfXzoSgQNF2s0FE8aKlyEKN20sU_smAhh3uVP2kb5yIRmMm4gEIyuZp8P5bY_0SgdqHTNbcT8eOi1eZZdVEx74VrHdIRHPAE1BubW5Af6tcPwbiMc2wmRaoL2AKtE/s400/turkish-jet.jpg)
Bila langit mula mendung
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan
dikatakan
cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita
yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau
asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari
hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu
lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban
nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini
bermanfaat
buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa
berita
yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu
hujan), hingga
apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan
dia ke negeri yang
mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan
awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air
hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang telah mati,
supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya) ."
(Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal
air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada
banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila
hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram in..?" Macam
biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan
suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab
itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA
mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari
hujan. Tiap-tiap Hari
Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa
lepaskan peluang dengan
keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit
sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit,
dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan
semoga,
Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu
fardhu Ain
lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan
Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami
turunkan hujan dari
langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami
tempatkan dia tersimpan
di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu
berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu,
bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada
sebabnya,
Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi.
Selama mana?
Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami
hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka
dengan
itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami
berikan
kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya
atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar
untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui
rahsia langit Dan bumi Dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.
Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali
lalai akan apa yang kamu
lakukan." (Surah Hud : 123)
So lepaih in bila hujan
jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan