BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Khamis, 28 Januari 2010

KALIMAT ARASY DALAM AL-QURAN....- 2010 MASEHI...JUMAAT 29 JANUARI 2010 MASEHI.

Kalimat arasy di dalam al-Qur'an


2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."

10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

12:100. Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

13:2. Allah ialah Dia yang menaikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat melihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan; Dia menjelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.

17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."

18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia menafkahkan (membelanjakan) padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak menyekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!"

20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!

22:45. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!

23:86. Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?"

23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

25:59. Yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!

27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.

27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."

27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan mendatangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"

27:41. Berkata, "Samarkanlah singgahsananya untuknya, dan kita akan melihat, sama ada dia mendapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak mendapat petunjuk."

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

32:4. Allah ialah Dia yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya, menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

40:15. Yang menaikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, melemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia memberi amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!"

57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,

85:15. Yang mempunyai Arasy, Yang Indah,

Kalimat Pilihan
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan AkhbarPenemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan