BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 27 Januari 2010

RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………………..


RASULULLAH S.A.W. TERCINTA…………

PERTAHANKAN NAMA BAIK RASULULLAH S.A.W. **** Nama Baik Rasulullah hendaklah dipertahankan oleh semua umatnya, Kebelakangan ini umat islam langsung tidak kisah dengan urusan mempertahankan nama baik Rasulullah , pertahankan nama baik Baginda adalah merangkumi dengan mempertahankan nama baik keluarga baginda ( Sebab itu umat islam digalakkan berselawat kerana antara hikmahnya adalah memuliakan nama Baginda dan ahli keluarga Baginda). Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Hamba Allah yang bernama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dengan menerbitkan dan menulis buku yang menghina Rasulullah mengatakan baginda Bapa Ayam dan ajaran baginda adalah ajaran dari syaitan- semoga Allah melaknat hamba ini selamanya, kecuali dia bertaubat kerana Allah maha pengampun dan Maha Penyayang. Kemudian kita dikejutkan dengan kisah lakaran kartun Rasulullah dalam keadaan memakai serban berbentuk bom, Nauzubilah hi min zalik., kerajaan Denmark lansung tidak kisah dengan lakaran ini kerana bagi mereka mereka lebih berani dari Amerika Syarikat kerana memaparkan gambar baginda dalam keadaan sedemikian, semoga Allah menarik Rahmatnya Dari Negara Denmark selama-lamanya. Kalau nak ikutkan di masa hadapan banyak lagi kisah penghinaan terhadap Rasulullah yang akan berlaku Cuma tugas kita sekarang jika ini berlaku adalah mempertahankan nama baginda kerana kita memerlukan Syafaat dari baginda di hari Qiamat nanti?
Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?. …..PERBANYAKKKAN SELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH S.A.W.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan