AGUNGKAN ALLAH S.W.T. DAN MULIAKAN RASULULLAH S.A.W.
( ZIKIR DAN SELAWAT ). ***
Manusia yang ikhlas pasti menyedari ada satu kekuasaan yang mentadbirkan alam ini, Sesuatu yang agung yang menjalankan urusan tanpa gagal setiap masa. Matahari yang tidak pernah gagal memancarkan cahayanya mengikut ketetapannya, hujan yang turun dengan sukatan yang telah ditetapkan dan kadangkala hujan yang turun dengan sukatan yang luar biasa hingga menyebabkan bumi pun tidak sempat menyerap airnya, burung ?burung yang terbang diangkasa hanya memerlukan sayap dan dapat memgimbangkan dirinya ketika di angkasa, ikan ?ikan di lautan yang hanya boleh meneruskan kehidupan jika persekitarannya di penuhi air, sesungguhnya dialah yang Maha Agung dan sesuatu yang amat unik bagi kehidupan manusia adalah NYAWA, ( Manusia kalau boleh ceritakan tentang robot, pasti mendapati robot sebenarnya tidak sempurna kerana kejadian makhluk hidup di bumi Allah S.W.T. ini adalah penciptaan yang amat sempurna. Rasullullah S.A.W. di jadikan Allah adalah kerana Rahmatnya pada seluruh kehidupan alam ( bukan kepada manusia sahaja ) . Sebab itu perjalanan kisah hidup baginda amat unik berbanding makhluk-mahkluk yang lain, Baginda merupakan manusia yang sederhana dalam segala hal , kehidupan baginda sentiasa Zuhud dan sentiasa mengharapakan Rahmat Allah S.W.T. dalam segala hal , Hanya baginda sahaja yang dijemput dengan penghormatan yang amat tinggi ketika Isra? Mikraj. Dan akhir hayat baginda sentiasa mengharapkan pengampunan Allah pada umat baginda berbanding diri baginda kerana baginya keselamatan Umat baginda di dunia dan akhirat adalah di bawah tanggungjawab baginda selamanya dengan Izin Allah S.W.T. Yang Maha Agung?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan