BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 20 Mei 2009

MENJELANG AKHIR ZAMAN ......


Kita sebenarnya ( bangsa jin dan manusia ) sudah jauh dari pada landasan sebagai Hamba Allah di dunia ini, Allah tidak menjadikan sesuatu makhluk didunia ini melainkan dengan sesuatu misi, contohnya misi Iblis Laknattullah di dunia ini iaitu menjahanamkan Fitrah keturunan Nabi Adam A.S. dan Anak-anak Adam A.S. dari syurga supaya menuju neraka, dan Misi Rasulullah S.A.W menyelamatkan umat-umatnya dan bangsa jin –jin yang mendapat HIDAYAH dari Fitnah bakaran api neraka….

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja


2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan


3. Zakat dijadikan hutang


4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)


5. Anak derhaka terhadap ibunya


6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.


7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.


9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.


10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.


11. Arak sudah diminum secara berleluasa.


12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)


13. Para artis-artis disanjung-sanjung.


14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.


15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


--- Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan