PERMATA YANG DIKURNIA DARI ILAHI ( AYAH DAN IBU )
Kasih sayang ayah dan ibu, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kasih sayang pada ayah dan ibu munculnya dari hati anak yang sentiasa hidup dengan kasih sayang terhadap manusia yang telah melahirkannya di dunia ini.
Tanpa mereka, tiada wujud kita di dunia Allah S.W.T. ini.
Ingatlah, suatu masa nanti kita juga akan bergelar ibu dan ayah.....
Tanpa mereka, tiada wujud kita di dunia Allah S.W.T. ini.
Ingatlah, suatu masa nanti kita juga akan bergelar ibu dan ayah.....
Kasih sayang ibu bapa. Kasih sayang ibu bapa dewasa ini semakin terhapus, seorang anak tidak pedulikan ibu bapa yang telah membesarkannya dari kecil sehingga dewasa. Anak derhaka telah menjadi suatu topik yang amat serius sekarang, bayangkan kerana hal ini boleh duusulkan di parlimen, ini menunjukkan keaadaan sekarang amat teruk . Manusia sekarang sebenarnya telah kering dengan kasih sayang , sebab tu sekarang macam-macam hal berlaku, seorang ayah dan ibu boleh memelihara 10 orang anak akan tetapi seorang anak tidak boleh pelihara ibu dan ayahnya, apa sebenarnya yang berlaku sekarang, kadang ?kadang anaknya bergaji besar dan berjawatan tinggi dan mampu untuk membeli rumah beberapa buah, akan tetapi tak boleh menjaga dua orang ibu bapanya, pelik bin ajaib. Lupakah kita kisah seorang anak yang dijumpai oleh Rasulullah S.A.W. ketika Isra Mikraj ( iaitu seorang manusia yang dighaibkan dalam Nur Arasy Allah S.W.T. yang ditanya Baginda apa sebab kamu mendapat kemuliaan ini sedangkan kamu adalah manusia biasa sahaja, dijawab manusia itu yang mendapat kemuliaan ini kerana Di dunia dahulu aku sayang MASJID ALLAH , AKU BERZIKIR DAN AKU HORMATI ORANG TUA AKU). Nah disinikan disebut tentang kemuliaan menghormati ibubapa kita, Saya rasa amat terharu apabila melihat anak tidak perdulikan ibubapa mereka ( bayangkann jika mereka tua nanti dan anak mereka pula melakukan perkara sama pada mereka??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan