BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Selasa, 16 Februari 2010

FROM MALAYSIA WITH LOVE ALLAH S.W.T. AND MUHAMMAD S.A.W. 2010M MASEHI.




FROM ISTANBUL ( TURKEY ) WITH LOVE ALLAH S.W.T. AND MUHAMMAD S.A.W.



IBNU ARASY BERBICARA TENTANG CEMBURU @ JEALOUS.........
Nukilan Ibnu Arasy tentang CEMBURU…..Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai rumah banglo berpuluh buah.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai tanah berjuta-juta hektar.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai wang beribu-ribu trilion.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai kedudukan sebagai presiden sesebuah negara.Aku tidak cemburu jika melihat orang mempunyai teknologi hingga mampu tinggal di Planet Marikh.Cuma yang cukup membuatkan aku cemburu dan amat-amat cemburu bila mengenangkan Rasul-Rasul S.A.W. dan Wali-Wali Allah S.W.T zaman dahulu sanggup berjaga malam, bersolat tahajud dan solat hajat, dan diakhiri dengan doa. “ Ya Allah , ya tuhanku , ampunkan dosa seluruh umat islam Ya Allah dan Rahmatilah mereka dengan kemuliaanmu Ya Allah….”
Dicatat oleh ÌBNU ARASY @ PEMUDA ISTANBUL, TURKEY ( * ISLAMBOL GREEN PRAYING MAT * ) - 06 JUN 1974 MASEHI di
17:23 0 ulasan

Jumaat, 5 Februari 2010

4 PERINGAT NAFSU DALAM DIRI MANUSIA....

Dari segi pendekatan Islam, Muhammad al-Jiasi (1976) menyatakan: terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:

Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.

Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.

Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.

Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.
Ada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.


Seorang ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu Maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia.
a. Manusia yang baik tabiatnya. Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat;
b. Manusia yang jahat tabiatnya. Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya sudah jahat.
c. Manusia yang berada dipertengahan tabiatnya. Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.


SUMBER DARI WEB ISLAM :
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=3&action=view


Rabu, 3 Februari 2010

MASA DAH SINGKAT, UMAT DAH DIPERINGAT, MATI BUKAN PENENTU SYARAT...



Waktu yang terlepas menabur bencana

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik




















Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th – 70th
(65th)Chart





Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama
hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

MATI-BALIGH= sisa USIA……………..65-15= 50 tahun



50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam






12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satuharisatumalam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun7 bulan……
dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya………………………………………………………

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:18250 hari x12 jam=219000 jam=25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah??????
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki illahi!!!!!!!!!!!!!!!!!
“ Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurga dan Neraka”
Memang benar!!!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan kita belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar……………………
Memang benar!!!!!!!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
.
“jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah??????????????
Oh mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi………..!
Karena kita fikir; solat besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga………
Benarkah solat kita itu mencukupi!!!!!!

Berapa sholat kita dalam 50 tahun??????
1x solat = ± 10 minit …..5x solat ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat=18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit!)…………2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…………………………


Logikanya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian……………………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………………….

Solusi:
Tiada kata terlambat walaupun waktu bergulir cepat, isilah dengan sesuatu apa yang bermanfaat!!!!!!!
Ingat Akhirat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Isnin, 1 Februari 2010

INDUSTRI SAWIT , SATU RAHMAT PENJANA EKONOMI MALAYSIA : SUMBER DARI LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA ( MALAYSIAN PALM OIL BOARD –MPOB) WILAYAH UTARA

INDUSTRI SAWIT , SATU RAHMAT PENJANA EKONOMI MALAYSIA è: SUMBER DARI LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA ( MALAYSIAN PALM OIL BOARD –MPOB) WILAYAH UTARA , PULAU PINANG ( PERLIS, KEDAH , PULAU PINANG DAN PERAK )

MOYANGKU ADALAH TOKKU PALOH...

Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari
Tok Ku Paloh)

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Isi kandungan[sorok]
1 Latarbelakang
2 Pendidikan
3 Perjuangan Dakwah
4 Kegiatan Anti-penjajah
5 Pautan Luar
//
[
sunting] Latarbelakang
Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam
Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi. Ayahnda beliau ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu.
Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai
Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik).
Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi.
Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan
Sultan Zainal Abidin III.
[
sunting] Pendidikan
Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau
Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi.
[
sunting] Perjuangan Dakwah
Setelah Tok Ku Paloh pulang dari Mekah, beliau memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani. Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah
Sultan Zainal Abidin III.
[
sunting] Kegiatan Anti-penjajah
Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Ada riwayat mengatakan
Haji Abdur Rahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah juga adalah murid Tok Ku Paloh.
Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh
Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. “ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. “Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”
[
sunting] Pautan Luar
http://khazanahnasional.wordpress.com/2007/01/23/tok-ku-paloh-al-aidrus-pejuang-islam-dan-bangsa-melayu/
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-Aidrus"