BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Ahad, 14 Mac 2010

KHALIFAH ISLAM AKHIRUL ZAMAN ADALAH IMAM AL-MAHDI A.S.

KHALIFAH ISLAM AKHIRUL ZAMAN ADALAH IMAM AL-MAHDI A.S.
KHALIFAH ISLAM AKHIRUL ZAMAN ADALAH IMAM AL-MAHDI A.S.

Terjadinya Bencana “Al-Mahdi akan lahir pada akhir zaman, ketika melandanya bencana, dan pemberian Al-Mahdi adalah amat bererti (menyenangkan).” . Terjadinya Perang Besar “Seandainya umur dunia ini tinggal satu hari sahaja lagi, nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga Dia mengangkat seorang Amir dari keturunanku, yang mana perang besar akan terjadi semasa pemerintahannya, dan Islamlah yang akan menang. Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya dan amat cepat pula hisab-Nya.” . Kemenangannya “Al-Mahdi akan menundukkan Kostantinopel ( Istanbul, Turkey ) dan Jabal ad-Dailam.” . Keadilannya Meratai Penjuru Dunia “Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat menjadi Amir di Al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan sebenarnya, dia tidak ada yang (akan dapat) mengalahkannya.” . Nabi Isa AS Bersembahyang di Belakang Imam Mahdi “Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.” . Turunnya Nabi Isa AS dan Pemberitahuannya Akan Kekhalifahan Al-Mahdi “Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.” . Al-Mahdi Sebagai Pertengahan Kurun “Sesungguhnya Al-Mahdi hidup pada pertengahan kurun, manakala Nabi Isa AS hidup pada akhir zaman.” . Al-Mahdi Bersembahyang di Baitulmaqdis “Ketika Al-Mahdi dan umat manusia yang berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam AS turun. Kemudian Al-Mahdi mundur agar Isa bin Maryam AS ke hadapan untuk menjadi imam. Lantas Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kedua-dua belah bahu Al-Mahdi seraya berkata, “Silakan maju dan jadi imamlah. Sesungguhnya sembahyang ini diiqamahkan untukmu.” Kemudian Al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.” . Al-Mahdi Menjadi Imam Sembahyang Bagi Nabi Isa AS “Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri, dan ketika itu Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air dari rambut Al-Mahdi. Lantas Al-Mahdi berkata, “Silalah ke depan dan jadi imamlah.” Nabi Isa AS menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamahkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa AS bersembahyang di belakang seorang lelaki dari keturunanku.” . Umur Al-Mahdi “Al-Mahdi adalh dari anak keturunanku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya bertahi lalat hitam, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah dari keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat.” . Pembaiatannya di Antara Hajar Aswad dengan Maqam Ibrahim “Sebelum pembaiatan Al-Mahdi di antara Hajar dengan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian Al-Mahdi mengenai sikp dan pembunuhannya terhadap jemaah haji di Mina.” . Ciri-ciri Al-Mahdi “Kulit Al-Mahdi seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh Bani Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredai oleh seluruh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa.” . Al-Mahdi Muncul dari Kampung Kurjah “Al-Mahdi akan keluar dari Kampung Kurjah.” . Jihad Al-Mahdi Dalam Menegakkan Agama “Al-Mahdi akan menegakkan agama secara keseluruhan seperti yang telah ditegakkan oleh Nabi SAW semasa hayat baginda.” . Memerangi Romawi “Al-Mahdi akan memerangi Rom selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh, kemudian menyerang Kostantinopel ( Istanbul, Turkey ) . Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas di Kostantinopel dengan menggunakan perisai sebagai penyukatnya, tiba-tiba ada orang yang berteriak, “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.” . Mengapa Umat Manusia Mengerumuni Al-Mahdi? “Umat manusia mencari dan mengerumuni Al-Mahdi umpama lebah mengerumuni madunya. Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penyelewengan. Pada masa itu, umat manusia menjadi seperti semasa kecilnya, sentiasa bermain dan tidak pernah menumpahkan darah.” . Penguasaan Al-mahdi Terhadap Harta “Al-Mahdi akan menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS.” __________________Harta yang ada pada kita adalah HAK MUTHLAK ALLAH S.W.T., termasuk NYAWA. Hanyasanya DOA YANG IKHLAS ( LILAH HI TAALA )sahaja boleh menolak AJAL. FROM ………. WITH LOVE ALLAH S.W.T. DAN MUHAMMAD S.A.W.

Selasa, 9 Mac 2010

PELAKON MALAYSIA YANG KUAT BERAGAMA....

rahmat ke atas rohnya. Amin.
Ed Osmera merupakan seorang pelakon yang mempunyai kelas yang tersendiri. Ed Osmera apabila berlakon sememangnya ada cara yang tersendiri. Kalau dihayati betul2, kebanyakan dalam filem lakonannya seolah-olah menggambarkan keperibadiannya yang sebenar. Saya coretkan di sini tentang seorang insan seni yang bergelar pelakon yang di mana, pelakon ini bukan sahaja menumpukan kepada kerjaya lakonannya semata-mata tetapi juga beliau lebih menumpukan kepada soal agama dan ibadahnya terutama ketika di saat2 akhir hayatnya. Sama2lah kita tatapi.Kisah hidup Ed OsmeraEd Osmera dilahirkan pada tahun 1943 di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Sheikh Osman bin Sheikh Ibrahim. Bapanya ialah seorang peniaga. Ibunya pula meninggal dunia ketika usianya masih kecil lagi.Raut wajah Ed Osmera agak serius. Namun, di kalangan rakan beliau lebih dikenali sebagai pemuda pendiam. Ed Osmera dianggap pelakon yang banyak berlakon dan kebanyakannya filem yang dibintangi menampilkannya sebagai hero.

Beliau diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Panglima Besi arahan M. Amin pada tahun 1964. Kemudiannya pula ialah filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong, Lain Jalan Ka Shorga (1966) juga arahan Datuk Jamil Sulong dan Sri Andalas (1967) arahan S. Kadarisman.Kebanyakan lakonan Ed Osmera membabitkan aksi pertarungan. Filem yang telah mengangkat namanya sebagai pelakon aksi pertarungan yang tidak mengecewakan ialah Panglima Harimau Berantai arahan Omar Rojik iaitu pada tahun 1969.Selepas Panglima Harimau Berantai, muncul pula Pancha Indera Harimau Berantai pada tahun 1970. Dalam filem ini, Ed Osmera tidak saja menunjukkan kehandalannya sebagai pendekar, tetapi juga kemahirannya bertarung biarpun kedua-dua matanya buta.Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doktor Rushdi (1970).Bagaimanpun, S. Kadarisman dan Omar Rojik adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah S. Kadarisman ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972) dan Cengkaman Maut (1972).Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970) dan Semerah Cindai (1973).Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M. Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada tahun 1981.Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).Beliau dianggap mengabadikan dirinya terhadap dunia lakonan sepanjang hayat. Walaupun tidak aktif lagi dalam dunia perfileman, Ed Osmera agak aktif juga mengarah dan berlakon drama.Antara drama lakonannya ialah Kuala Lumpur arahan Arief Karmahani, Lain Jalan Ke Mekah, Sesat Dalam Cahaya dan Cili Padi.Drama arahannya pula berjudul Malam Tujuh Likur. Dibintangi bersama Zulkifli M. Osman.Dalam drama itu, beliau melakonkan watak orang ghaib yang membawa Zulkifli kembali ke pangkal jalan. Kuat Beragama Terutama Ketika Akhir2 HayatnyaEd Osmera memang seorang yang pendiam. Sehinggakan apabila bertemu dengan orang ramai, beliau memang tak banyak bercakap. Tapi, beliau juga amat peramah dengan orang lain.

Sebenarnya, Ed Osmera dari zaman mudanya sampai akhir2 hayatnya tidak berkahwin. Barangkali, salah satu sebabnya ialah beliau banyak menghabiskan masanya dengan menumpukan soal agama dan ibadah.Di saat akhir2 hayatnya, Ed Osmera memang sudah tidak banyak berlakon. Itu tandanya, barangkali dalam diri beliau telah datang kesedaran agama yang amat mendalam. Sehinggakan di depan rumahnya diletakkan dua batu nisan semata-mata mengingatkan beliau tentang kematian.Di samping itu, Ed Osmera juga aktif dalam kegiatan2 dakwah. Beliau juga banyak melakonkan filem dan drama2 berunsur keagamaan. Itulah hidup seorang insan seni yang bergelar sebagai pelakon yang bukannya saja menumpukan kepada kerjaya lakonannya, tetapi lebih dari beliau juga lebih menumpukan kepada hal2 keagamaan dan ibadah. Itulah yang berlaku ketika di saat2 akhir hayatnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.