BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 3 Jun 2009



Buraq dari segi bahasa bererti "kilat cahaya".Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan BERCAHAYA .Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah bukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.
Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi Muhammad s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra dan Mi'raj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.
Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat 'zat' lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya.
Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Muqaddis dalam waktu yang singkat.

1 ulasan:

  1. IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR 9 Mac 2025 pada 3:14 PG
    IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR March 8, 2025 at 2:40 AM
    AFTER 8 MARCH MAC 2025 OR 7 ........ 1446 HIGRA BECAUSE ONE CURSE FROM .............. 🌋 IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR DAN NUKILAN RASA SEBELUM KIAMAT KIAMAT DAH DEKAT IBNU ARASY TIDAK HADIR HARI KEADILAN , TITIAN SIRAT DAN NERACA AL MIZAN @ IBNU ARASY ABSENT JUSTICE DAY JUSTICE DAY , SIRAT BRIDGE AND AL MIZAN'S BALANCING ARE NOT PRESENT AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR ☢️🫵☣️ EASY NOT EASY at spirit covenant day LOVE STORY TO ALL creates ⁉️ IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR

    BalasPadam