BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 6 Februari 2013

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: " Tiap orang yang dipenjara oleh raja dengan penganiayaan sehingga mati dalam penjara, maka ia mati syahid dan bila ia dipukul sehingga mati maka ia mati syahid." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya adakalanya Allah s.w.t. telah menyediakan suatu darjat bagi seseorang, tetapi tidak dapat dicapai dengan amalannya, sehingga diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya maka tercapailah dengan itu." Diriwayatkan bahawa ketika turun ayat (Yang berbunyi): "Man ya'mal suu'an yujza bihi." (Yang bermaksud): "Siapa yang berbuat dosa pasti dibalas menurut dosa itu." Abu Bakar r.a. berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana akan dapat bergembira setelah ayat ini?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Semoga Allah s.w.t. mengampunkan bagimu, hai Abu Bakar. Hai Abu Bakar, tidakkah kau sakit, tidakkah engkau menderita gangguan, tidakkah kau lelah, tidakkah kau berduka cita, maka itu semua dari apa yang akan dibalas (semua yang terkena padamu itu sebagai penebus dosa-dosamu)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan