BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 6 Februari 2013

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pertama-tama orang yang akan dipanggil untuk masuk syurga ialah yang selalu memuji Allah s.w.t., mengucapkan Alhamdulillah atas kesenangan dan kesukaran serta kesusahan." Maka seharusnya seorang hamba sabar atas apa yang menimpa dirinya dari kesukaran dan mengetahui bahawa yang dihindarkan oleh Allah s.w.t. daripadanya dari bala itu lebih banyak dan mengucapkan Alhamdulillah atas itu, juga seorang mukmin harus bertauladan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memperhatikan bagaimana kesabaran Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi gangguan kaum musyrikin. Amr bin Maimun dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dimuka Kaabah, sedang Abu Jahl dan kawan-kawan nya sedang duduk, sedang pada kelmarinnya telah disembelih beberapa ekor kambing, lalu Abu Jahl berkata: "Siapakah diantara kamu yang mahu berdiri membawa kotoran-kotoran kambing yang disembelih kelmarin itu, untuk diletakkan diatas punggung Nabi Muhammad s.a.w. jika ia sujud." Maka bangkit orang yang paling celaka dan mengambil kotoran, dan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sujud, diletakkan dipunggung Nabi Muhammad s.a.w. diantara kedua bahunya, maka tertawalah mereka. Ibn Mas'ud r.a. berkata: "Andaikan saya mempunyai kekuatan nescaya aku singkirkan kotoran itu dari punggung Nabi Muhammad s.a.w. Sedang Nabi Muhammad s.a.w. tetap sujud tidak mengangkat kepalanya sehingga ada orang memberitahu kepada Fatimah r.a. Maka datanglah Siti Fatimah r.a. yang masih remaja, lalu membuang apa yang dipunggung Nabi Muhammad s.a.w. sambil memaki-maki orang-orang kafir. Dan setelah selelsai Nabi Muhammad s.a.w. dari sembahyangnya, Baginda s.a.w. berdoa dengan suara yang keras: "Allahuma alaika biquraisy" (3 kali) Dan ketika mereka mendengar doa Nabi Muhammad s.a.w. itu maka segera mereka diam ketakutan dan Nabi Muhammad s.a.w. terus berdoa: "Allahumma alaika bi Abi Jahl, Wauqbah, wa Utbah, wa Syaibah, waAlwalid bin Al Mughirah, wa Umayyah bin Khalf." (Yang bermaksud): "Ya Allah, binasakan bangsa Quraisy (3kali)Ya Allah, binasakan Aabu Jahl, Uqbah, Utbah, Alwalid bin Almughirah dan Umayyah bin Kkhalf." Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Demi Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. semua telah mati dalam perang Badar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan