BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Selasa, 26 Mei 2009

PADA HARI DALAM SEJARAH, 26 MARCH 2006 MASEHI..ONCE OPEN IN TURKEY.....


PADA TARIKH 29 MARCH 2006 MASEHI, satu gerhana matahari penuh telah berlaku dan dapat dilihat dari timur Brazil, Afrika, Turki, Kazakhstan, Russia hingga ke Mongolia. Ianya akan bermula lebihkurang jam 6 petang waktu Malaysia.
Ramai di Turki sudah mula resah dan gelisah kerana pada gerhana matahari yang lalu iaitu dalam tahun 1999, satu gempabumi besar telah berlaku seminggu kemudian mengorbankan puluhan ribu manusia. Walaupun pakar kajibumi cuba menerangkan bahawa tiada kaitan antara gerhana dan gempa, masih ramai yang gusar. Malah, ramai yang kini memasang khemah di luar rumah kerana takut akan berlaku gempabumi.Kejadian gerhana matahari dan gempabumi 1999 adalah secara kebetulan.
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa gerhana bukanlah petanda atau alamat sesuatu. Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat. Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-Definasi Kusuf dan KhusufKusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya.
Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan