BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Selasa, 1 Januari 2013

CUKUPLAH ALLAH S.W.T. TUHANKU, PADANYA AKU MENYEMBAH, HANYA PADAMU AKU BERTAWAKAL DAN ALLAH S.W.T. ADALAH RABB ARASY YANG MAHA AGONG. --------------------- TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Dari Umar bin Khathab r.a.1) katanya dia mendengar Rasulullah saw.2) bersabda: “ Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan basi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.” 2. 2. Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin r.a.3) Katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: “bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?” Jawab Rasulullah saw. “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.” “Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.” Kata ‘Aisyah r.a. “ Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.4) Keterangan. 1) r.a ialah singkatan dari: Radhiyallaahu ‘Anhu (semoga Allah meridhainya). 2) Saw. Ialah singkatan dari: Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam (semoga Allah melimpahkan berkat dan kesejahteraan kepada beliau) 3) Ummul Mu’minin, artinya: Ibu orang-orang yang beriman. 4) Dihari yang amat dingin itu Nabi saw. Sampai berkeringat, kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan