BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Ahad, 11 Mac 2012

ABU BAKAR DAN MAKANAN TUKANG TILEK

ABU BAKAR DAN MAKANAN TUKANG TILEK Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai Tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari, hambanya membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata: "Kamu selalunya akan bertanya akan sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian." "Aku terlalu lapar sehinggkan aku terlupa untuk bertanya. Terangkan kepada aku dimana kamu dapat makanan ini." kata Abu Bakar. Hamba itu berkata :"Sebelum aku memeluk agama Islam aku menjadi tukang tilek nasib. Orang-orang yang aku tilek nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini." Mendengarkan kata-kata hambanya, Abu Bakar pun memekik: "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku!." Kemudian Abu Bakar cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang telah ditelannya tadi. Cadangan itu diterima dan dilaksanakan sehingga makanan itu dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati: "Semuga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atasmu. Kamu telah berusaha dengan susah payah kerana makanan yang sedikit." Kepada orang ini Abu Bakar menjawab: "Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata: "Badan yang tumbuh segar dengan makanan yang haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan