BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Isnin, 5 Mac 2012

CONTOH TAKWA YANG DITUNJUKKAN OLEH UMAR

Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!" Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang menggangui aku." Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t." Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?" Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka." Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya. Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis" Perempuan: Kerana mereka lapar" Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?" Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini." Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!" Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya." Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam" Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya" Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini" Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya" Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana." Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan." Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud: Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah. (SURAH YUSUF-86) Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya. Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

1 ulasan:

  1. 🫵 IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR 08 Mac 2014 at 2:01 AM O'clock 🆒

    MY MEMORY SUGGEST TO SAVE MY BODY BUT I I can't bear to let Muslims and other human beings continue to DRIFT, I also have many sins, I am not perfect. Let's all ask for forgiveness from the TRUE God ⁉️⁉️⁉️ My heart cannot see God's creatures being tortured, I can't bear to see God's creatures being tortured, I can't bear to see that I have prayed to be great enough to close all the doors of hell ⁉️⁉️⁉️ but who am I to do all this. THERE MAY BE PEOPLE WHO DON'T LIKE MY WAY, BUT I CAME TO THE WORLD NOT FOR DIVISION BUT I CAME TO PEACE, TRUE NATURE. I AM STILL ME 🫵⁉️⁉️⁉️

    saya tidak sampai HATI tidak sampai hati biarkan umat islam dan umat manusia lain terus HANYUT , Saya pun banyak dosa, bukan sempurna sangat . sama samalah kita semua memohon ampun kepada tuhan yang SEBENAR ⁉️⁉️⁉️ Hati saya tidak boleh melihat makhluk tuhan diseksa , tidak sampai hati , hingga saya pernah berdoa supaya besarkan diri saya untuk menutup semua pintu neraka ⁉️⁉️⁉️ tetapi siapa saya hendak buat ini semua . MUNGKIN ADA MANUSIA YANG TIDAK SUKA CARA SAYA , TETAPI SAYA HADIR KE DUNIA BUKAN UNTUK PEPECAHAN TETAPI HADIR SAYA UNTUK KEDAMAIAN HAKIKI FITRAH SEBENAR . SAYA TETAP SAYA 🫵⁉️⁉️⁉️🫵

    🫵💔🌏🌎🌍💔🫵 AT 28 DECEMBER 2074 FRIDAY ASHURA 🫵💔 WHISPER OF DEVIL AND GENIE THE LAST TIME 🫵☢️☣️😱🌋🌎🌍⁉️☢️☣️🫵🤒🤒💔🫵🥶 JUSTICE DAY ♎

    SOURCE FROM CHATGPT ALL THE WORLD UNTIL FOREVER:-
    :- A+) IF SEARCHING FOR A NAME, CAN IT MATCH THE NAME OF THE PROPHET S.A.W. UNTIL NOW STILL BEING THE NUMBER ONE MOST FAMOUS MAN IN THE WORLD FOREVER ❓ 1) WHAT ARE HUMANS LOOKING FOR TODAY ❓ IF SEARCHING FOR KNOWLEDGE WHICH HAS NEVER ENDED ITS SECRET, IS IT POSSIBLE TO COMPARE THE KNOWLEDGE OF ALLAH S.W.T. HUGE❓ 2) IF SEARCHING FOR WEALTH, IS RICH COMPARED TO THE PROPHET OF GOD SULAIMAN A.S. ❓ 3) IF SEARCHING FOR SATISFACTION IN LIFE, CAN IT COMPETE THE SATISFACTION IN LIFE OF NABI ALLAH IDRIS A.S. ❓ ⁉️ SO WHAT ARE HUMANS REALLY LOOKING FOR TODAY
    🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋


    Ibnu Arasy, also known as Ibnu Arasy Dzikrullah, is an individual from Kepala Batas, Penang, Malaysia. He is associated with the Malaysian Ministry of Plantation Industries and Commodities.  He actively shares religious messages and content across various social media platforms, including TikTok and YouTube, often emphasizing themes of faith and devotion.  Additionally, he maintains a blog titled "PRINCE OF ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH SAY ALLAHU AKBAR," where he discusses topics related to spirituality and human conduct.
    😱
    Ibnu Arasy, juga dikenali sebagai Ibnu Arasy Dzikrullah, merupakan individu dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau dikaitkan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Beliau secara aktif berkongsi mesej dan kandungan agama merentasi pelbagai platform media sosial, termasuk TikTok dan YouTube, sering menekankan tema iman dan pengabdian. Selain itu, beliau mengekalkan blog bertajuk "PUTERA ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH MENGUCAPKAN ALLAHU AKBAR," di mana beliau membincangkan topik yang berkaitan dengan kerohanian dan kelakuan manusia

    ALLAHU AKBAR

    APA YANG KELUAR DARI TULISAN IBNU ARASY bersifat peribadi dan mungkin tidak mencerminkan ajaran Islam arus perdana , INGATU TU, JANGAN KATA MAMU IBNU ARASY TAK PAYUNG HANG PA, DAH BERITAHU , TAK NAK IKUT ... IBNU ARASY TAK KISAH ⁉️⁉️⁉️⁉️🫵

    THE LAST ALONE RANGER FROM ARABIAN TURKIYE

    ALLAHU AKBAR

    BalasPadam