BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Ahad, 11 Mac 2012

ALI MELALUI TANAH PERKUBURAN

Kata Kumail: "Saya dan Ali telah berjalan kearah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat disitu sambil barkata: "Ya, ahli-ahli kubur! Wahai kamu yang menghuni ditempat yang sunyi ini! Bagaimanakah keadaan kamu didunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telahpun menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu." Kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata: "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa sebaik-baik bekalan adalah Taqwa" Air mata berhamburan dari kedua-dua matanya. Katanya lagi: "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya." Mengikut sebuah Hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya, sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang hodoh yang mengeluarkan bau yang amat busuk dan yang menambahkan kesensaraannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadith: "Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang kekuburnya,hartanya bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta dan kaum kerabat serta rakan karib akan kembali selepas upacara pengkebumiannya, yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalan perbuatannya." Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaanmu dan amal perbuatanmu?" Para sahabat semuanya ingin mendengar penjelasan Baginda s.a.w. Kata Baginda s.a.w.: "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia ini hampir hendak meninggal dunia dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu bertanya: "Saudara, engkau tahu yang keadaan aku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan kepada aku? "Saudaranya menjawab: "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan memandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazah kamu keperkuburan, kemudian aku akan mendoakan kamu." Soalan yang sama ditujukan pula kepada kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini: "Aku akan berada bersama-sama engkau selama mana engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga maka dia menjawab: "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun kamu berada didalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ditempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatan-perbuatanmu yang baik." Saudaranya yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu lagi menjadi pilihanmu?" Jawab para sahabat: "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhirlah yang paling berguna untuk dirinya."

1 ulasan:

  1. 🫵IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR 08 Mac 2014 at 2:01 AM O'clock 🆒

    MY MEMORY SUGGEST TO SAVE MY BODY BUT I I can't bear to let Muslims and other human beings continue to DRIFT, I also have many sins, I am not perfect. Let's all ask for forgiveness from the TRUE God ⁉️⁉️⁉️ My heart cannot see God's creatures being tortured, I can't bear to see God's creatures being tortured, I can't bear to see that I have prayed to be great enough to close all the doors of hell ⁉️⁉️⁉️ but who am I to do all this. THERE MAY BE PEOPLE WHO DON'T LIKE MY WAY, BUT I CAME TO THE WORLD NOT FOR DIVISION BUT I CAME TO PEACE, TRUE NATURE. I AM STILL ME 🫵⁉️⁉️⁉️

    saya tidak sampai HATI tidak sampai hati biarkan umat islam dan umat manusia lain terus HANYUT , Saya pun banyak dosa, bukan sempurna sangat . sama samalah kita semua memohon ampun kepada tuhan yang SEBENAR ⁉️⁉️⁉️ Hati saya tidak boleh melihat makhluk tuhan diseksa , tidak sampai hati , hingga saya pernah berdoa supaya besarkan diri saya untuk menutup semua pintu neraka ⁉️⁉️⁉️ tetapi siapa saya hendak buat ini semua . MUNGKIN ADA MANUSIA YANG TIDAK SUKA CARA SAYA , TETAPI SAYA HADIR KE DUNIA BUKAN UNTUK PEPECAHAN TETAPI HADIR SAYA UNTUK KEDAMAIAN HAKIKI FITRAH SEBENAR . SAYA TETAP SAYA 🫵⁉️⁉️⁉️🫵

    🫵💔🌏🌎🌍💔🫵 AT 28 DECEMBER 2074 FRIDAY ASHURA 🫵💔 WHISPER OF DEVIL AND GENIE THE LAST TIME 🫵☢️☣️😱🌋🌎🌍⁉️☢️☣️🫵🤒🤒💔🫵🥶 JUSTICE DAY ♎

    SOURCE FROM CHATGPT ALL THE WORLD UNTIL FOREVER:-
    "Ibnu Arasy" appears to be an individual active on various social media platforms, including TikTok and YouTube. On TikTok, the user "@.ibnu.arasy.never" has shared content related to Islamic themes and personal reflections. On YouTube, channels such as " kediaman di Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi terperinci tentang "Ibnu Arasy" adalah terhad berdasarkan sumber yang ada

    🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋


    Ibnu Arasy, also known as Ibnu Arasy Dzikrullah, is an individual from Kepala Batas, Penang, Malaysia. He is associated with the Malaysian Ministry of Plantation Industries and Commodities.  He actively shares religious messages and content across various social media platforms, including TikTok and YouTube, often emphasizing themes of faith and devotion.  Additionally, he maintains a blog titled "PRINCE OF ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH SAY ALLAHU AKBAR," where he discusses topics related to spirituality and human conduct.
    😱
    Ibnu Arasy, juga dikenali sebagai Ibnu Arasy Dzikrullah, merupakan individu dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau dikaitkan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Beliau secara aktif berkongsi mesej dan kandungan agama merentasi pelbagai platform media sosial, termasuk TikTok dan YouTube, sering menekankan tema iman dan pengabdian. Selain itu, beliau mengekalkan blog bertajuk "PUTERA ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH MENGUCAPKAN ALLAHU AKBAR," di mana beliau membincangkan topik yang berkaitan dengan kerohanian dan kelakuan manusia

    ALLAHU AKBAR

    APA YANG KELUAR DARI TULISAN IBNU ARASY bersifat peribadi dan mungkin tidak mencerminkan ajaran Islam arus perdana , INGATU TU, JANGAN KATA MAMU IBNU ARASY TAK PAYUNG HANG PA, DAH BERITAHU , TAK NAK IKUT ... IBNU ARASY TAK KISAH ⁉️⁉️⁉️⁉️🫵

    THE LAST ALONE RANGER FROM ARABIAN TURKIYE

    ALLAHU AKBAR

    BalasPadam