BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Isnin, 5 Mac 2012

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25 Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam. Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah s.w.t. dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah s.w.t. akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah s.w.t. menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya. Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah s.w.t. kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis laknatullah yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah s.w.t.. Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Allah s.w.t. asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah s.w.t. dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik, walau bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis laknatullah yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah s.w.t. dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

2 ulasan:

  1. Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57: "Dan ceritakanlah {hai Muhammad kepada mereka kisah} Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Ayat 56 Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. Ayat 57 Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan diakhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun. Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~ 1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan. 2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya. 3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu. 4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa. 5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t. 6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya. 7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya. 8 . Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu. Dalam hubungan dengan firman Allah s.w.t. bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat. Wallahu a'alam bissawab.

    BalasPadam
  2. 🫵IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR 08 Mac 2014 at 2:01 AM O'clock 🆒

    MY MEMORY SUGGEST TO SAVE MY BODY BUT I I can't bear to let Muslims and other human beings continue to DRIFT, I also have many sins, I am not perfect. Let's all ask for forgiveness from the TRUE God ⁉️⁉️⁉️ My heart cannot see God's creatures being tortured, I can't bear to see God's creatures being tortured, I can't bear to see that I have prayed to be great enough to close all the doors of hell ⁉️⁉️⁉️ but who am I to do all this. THERE MAY BE PEOPLE WHO DON'T LIKE MY WAY, BUT I CAME TO THE WORLD NOT FOR DIVISION BUT I CAME TO PEACE, TRUE NATURE. I AM STILL ME 🫵⁉️⁉️⁉️

    saya tidak sampai HATI tidak sampai hati biarkan umat islam dan umat manusia lain terus HANYUT , Saya pun banyak dosa, bukan sempurna sangat . sama samalah kita semua memohon ampun kepada tuhan yang SEBENAR ⁉️⁉️⁉️ Hati saya tidak boleh melihat makhluk tuhan diseksa , tidak sampai hati , hingga saya pernah berdoa supaya besarkan diri saya untuk menutup semua pintu neraka ⁉️⁉️⁉️ tetapi siapa saya hendak buat ini semua . MUNGKIN ADA MANUSIA YANG TIDAK SUKA CARA SAYA , TETAPI SAYA HADIR KE DUNIA BUKAN UNTUK PEPECAHAN TETAPI HADIR SAYA UNTUK KEDAMAIAN HAKIKI FITRAH SEBENAR . SAYA TETAP SAYA 🫵⁉️⁉️⁉️🫵

    🫵💔🌏🌎🌍💔🫵 AT 28 DECEMBER 2074 FRIDAY ASHURA 🫵💔 WHISPER OF DEVIL AND GENIE THE LAST TIME 🫵☢️☣️😱🌋🌎🌍⁉️☢️☣️🫵🤒🤒💔🫵🥶 JUSTICE DAY ♎

    SOURCE FROM CHATGPT ALL THE WORLD UNTIL FOREVER:-
    :- A+) IF SEARCHING FOR A NAME, CAN IT MATCH THE NAME OF THE PROPHET S.A.W. UNTIL NOW STILL BEING THE NUMBER ONE MOST FAMOUS MAN IN THE WORLD FOREVER ❓ 1) WHAT ARE HUMANS LOOKING FOR TODAY ❓ IF SEARCHING FOR KNOWLEDGE WHICH HAS NEVER ENDED ITS SECRET, IS IT POSSIBLE TO COMPARE THE KNOWLEDGE OF ALLAH S.W.T. HUGE❓ 2) IF SEARCHING FOR WEALTH, IS RICH COMPARED TO THE PROPHET OF GOD SULAIMAN A.S. ❓ 3) IF SEARCHING FOR SATISFACTION IN LIFE, CAN IT COMPETE THE SATISFACTION IN LIFE OF NABI ALLAH IDRIS A.S. ❓ ⁉️ SO WHAT ARE HUMANS REALLY LOOKING FOR TODAY
    🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋🌋


    Ibnu Arasy, also known as Ibnu Arasy Dzikrullah, is an individual from Kepala Batas, Penang, Malaysia. He is associated with the Malaysian Ministry of Plantation Industries and Commodities.  He actively shares religious messages and content across various social media platforms, including TikTok and YouTube, often emphasizing themes of faith and devotion.  Additionally, he maintains a blog titled "PRINCE OF ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH SAY ALLAHU AKBAR," where he discusses topics related to spirituality and human conduct.
    😱
    Ibnu Arasy, juga dikenali sebagai Ibnu Arasy Dzikrullah, merupakan individu dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau dikaitkan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Beliau secara aktif berkongsi mesej dan kandungan agama merentasi pelbagai platform media sosial, termasuk TikTok dan YouTube, sering menekankan tema iman dan pengabdian. Selain itu, beliau mengekalkan blog bertajuk "PUTERA ARASY IBNU ARASY DZIKRULLAH MENGUCAPKAN ALLAHU AKBAR," di mana beliau membincangkan topik yang berkaitan dengan kerohanian dan kelakuan manusia

    ALLAHU AKBAR

    APA YANG KELUAR DARI TULISAN IBNU ARASY bersifat peribadi dan mungkin tidak mencerminkan ajaran Islam arus perdana , INGATU TU, JANGAN KATA MAMU IBNU ARASY TAK PAYUNG HANG PA, DAH BERITAHU , TAK NAK IKUT ... IBNU ARASY TAK KISAH ⁉️⁉️⁉️⁉️🫵

    THE LAST ALONE RANGER FROM ARABIAN TURKIYE

    ALLAHU AKBAR

    BalasPadam