BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Khamis, 9 Februari 2012

-Ketika berumur 9 tahun, beliau pernah melihat peristiwa dimana seekor katak puru yang dikejar ular sedang berdoa dimana kaki hadapan diangkat seperti tangan manusia yang sedang berdoa dan kaki belakang berlipat seolah-olah manusia sedang Tahiyyat Awwal. - Ketika berumur 14 tahun ketika melakukan Sholat Terawih di surau Paya Keladi, ketika surah Al- Mulk dibaca oleh Imam Sholat Terawih , seekor tebuan sedang berlegar-legar sekelilingnya, sehinggalah Tahiyyat akhir ketika tangannya mengengam dan jari telunjuk diangkat ketika Syahadah, ketika itu tebuan tersebut terbang dan masuk dalam gengaman jarinya, tetapi dia tidak cedera disengat, kerana tebuan tersebut tak sengat pun jarinya, bahkan ketika ucapan salam tahiyyat akhir, tebuan tersebut berjalan perlahan –lahan keluar dari gengaman tangannya. -Ketika beliau menghadiri Kem Bina Insan Kakitangan Kerajaan di Meru, Klang, ( Biro Tata Negara ) tahun 2004, suatu keajaiban telah berlaku kerana semasa menuruni menara kayu tersebut dengan tali glider, beliau merasakan ada sesuatu tangan menyambutnya supaya kedudukannya nya seimbang semasa menuruni Menara tersebut.. -Ketika tahun 2003, pada malam selepas Sholat Terawih pada 16 Ramadahn, ketika tidur beliau mimpi bertemu Rasulullah S.A.W. bersama empat orang sahabatnya, beliau mencium tangan Rasulullah S.A.W. , dan Rasulullah S.A.W. tersenyum melihatnya, dan mengajak beliau berhijrah bersama-sama mereka…. - Dan banyak lagi kisah kebesaran Allah S.W.T. yang berlaku padanya, Wallah Hu Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan