BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 8 Februari 2012

Panduan Bertayammum 1. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka. 2. Menyapu muka dengan debu, dua kali 3. Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu 4. Mentertibkan rukun. Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum. [sunting] Sunat Tayammum 1. Membaca bismillah 2. Menipiskan debu 3. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri 4. Tertib [sunting] Yang Membatalkan Tayammum 1. Setiap yang membatalkan wuduk 2. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit 3. Murtad [sunting] Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum [sunting] Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja. Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan). **************************************************************** Niat, dengan lafaz “Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta’ala”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan