BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Rabu, 15 Februari 2012

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN…….

• Dosa Orang Tua Mewarnakan Rambutnya Dengan Warna Hitam;- Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud). • Kesilapan Laki-Laki Menyerupai Wanita Dan Wanita Menyerupai Laki-Laki;- Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu'aim). • Dosa Dua 2 Golongan Baru Di Akhir Zaman (Penguatkuasa Tempatan Yang Kejam Dan Wanita Mendedahkan Aurat);- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun- hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim). • Waktu Kebinasaan Apabila Urusan Amanah Telah Disia-Siakan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A';rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Bilakah akan terjadi Qiamat?". Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya." Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamat tadi?" Lalu Arab Badwi menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat." Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.";- (Riwayat Bukhari). • Berbagai Keajaiban Yang Tidak Diduga;- Samurad bin Jundad r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga nampak berbagai peristiwa besar yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya;- (Riwayat Nu';aim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan