BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT
BETAPA MANISNYA GADIS MENUTUP AURAT

Khamis, 9 Februari 2012

Ya Allah S.W.T. , Aku tidak menghiraukanmu ketika aku dalam kesenangan. Ya Allah, aku sentiasa lalai tanggungjawabku padamu Ya Allah. Kesusahan pada diriku semasa aku bertemu denganmu Ya Allah. Keburukan pada lembaran catatan amalanku tidak sanggup aku hadapinya Ya Allah. Ya Allah apatah lagi jika amalan aku ditayangkan kepada segala mahklukmu tentu menakutkan sekali Ya Allah, hingga aku tidak tahu dimana harus aku sembunyikan wajahku Ya Allah. Ya Allah, engkau sentiasa berbuat baik dan menambahkan nikmat padaku, tetapi aku membalasnya dengan kemungkaran dan dosa yang sentiasa bertambah setiap hari. Ya Allah, hanya padamu aku berlindung, aku berserah dan aku menyembah. Ya Allah ! Sesungguhnya tidak layak bagiku untuk mengharapkan syurgamu, akan tetapi aku mohon padamu dengan kemurahan dan kurniamu serta belas kasihanmu, Ya Allah agar engkau ampuni dosaku dan kasihani diriku, dosa ayah,ibu adik-adikku, anak-anak dan isteriku DAN JANGAN LUPAKAN SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAMKU YA ALLAH . Sesunguhnya, Ya Allah engkau tuhan yang patut aku sembah dan sentiasa memberi ampunan kepada makhluk yang sentiasa bertaubat. Amin Ya Rabbil Alamin berkat Selawat Keagunggan kepada Rasullullah S.A.W. yang tercinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan